DETAIL DOCUMENT
Hubungan di Antara Efikasi Kendiri, Burnout, Kepuasan, Kerja dan Tingkah Laku Kewargaan Organisasi dalam Kalangan Guru Sekolah Agama Sulawesi Selatan Indonesia
Total View This Week47
Institusion
Universitas Islam Negeri Alauddin
Author

Subject
107 Pendidikan, Penelitian, & Topik yang Berkaitan 
Datestamp
2017-03-17 07:22:33 
Abstract :
Keinginan yang tinggi tetapi ketidakmampuan yang dimiliki dalam bekerja membuatkan seseorang guru akan mengalami stres dalam bekerja. Jika stres berlangsung lama dan tidak segera dikawal maka akan muncul burnout iaitu kelesuan emosi, depersonalisasi dan rendah pencapaian peribadi. Perkara ini dapat menyebabkan masalah ketidakpuasan dalam bekerja dan tingkah laku kewargaan organisasi yang tidak efektif. Oleh itu penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara efikasi kendiri dengan burnout, kepuasan kerja dan tingkah laku kewargaan organisasi pada guru-guru di sekolah agama, khususnya Madrasah Aliyah Negeri (MAN) di Sulawesi Selatan Indonesia. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji perbezaan faktor demografi dalam burnout, kepuasan kerja dan tingkah laku kewargaan organisasi. Seramai 339 responden yang berasal daripada guru-guru yang mengajar pada 11 Madrasah Aliyah Negeri (MAN) di Sulawesi Selatan dipilih secara rawak berperingkat kerana data bersifat heterogen. Di mana daerah-daerah yang digunakan adalah utara, timur, barat, selatan dan tengah. Selanjutnya, kajian ini juga menggunakan lima alat pengukuran yang digunakan bagi mengukur setiap pembolehubah yang ada, iaitu: Measurement Burnout Inventory (MBI) bagi mengukur burnout, Teacher Self Efficacy bagi mengukur efikasi kendiri, skala kepuasan kerja, dan skala Tingkah laku kewargaan organisasi. Data dianalisis dengan menggunakan pakej komputer SPSS Ver.17 dan AMOS Ver. 5. Hasil kajian berdasarkan hipotesis menunjukkan bahawa tiada hubungan antara efikasi kendiri dengan burnout. Keputusan juga menunjukkan terdapat hubungan positif dan signifikan antara efikasi kendiri dengan kepuasan kerja. Selain itu, terdapat hubungan positif dan signifikan antara efikasi kendiri dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Terdapat hubungan negatif antara kepuasan kerja dengan burnout. Walau bagaimanapun, keputusan mendapati tiada hubungan antara burnout dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Terdapat hubungan positif dan signifikan antara kepuasan kerja dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Manakala keputusan persamaan struktur menunjukkan bahawa burnout dan kepuasan kerja menjadi pemboleubah mediator dalam hubungan antara efikasi kendiri dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Dapatan daripada model persamaan struktur menunjukkan tidak terdapat kesan burnout dalam hubungan antara efikasi kendiri dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Walau bagaimanapun terdapat kesan kepuasan kerja dalam hubungan antara efikasi kendiri dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Di samping itu, terdapat kesan burnout dalam hubungan antara kepuasan kerja dengan tingkah laku kewargaan organisasi. Kesemua peramal menyumbang sebanyak 64% varians ke atas tingkah laku kewargaan organisasi. Manakala keputusan kajian melalui analisis varians 2 hala memperoleh hasil yang bercampur. Sehubungan dengan itu, kajian menunjukkan model peramal bunout-tingkah laku kewargaan organisasi dapat diterapkan dalam konteks tempatan. 

Institution Info

Universitas Islam Negeri Alauddin